PUTRAJAYA: Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kebangsaan akan diadakan pada Sabtu ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Majlis yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kerajaan Negeri Sabah itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 merupakan platform untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni.
"Perayaan Aidilfitri telah menjadi satu perayaan yang menyatukan hati dan merapatkan ikatan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tradisi rumah terbuka, dengan masyarakat dari pelbagai latar belakangbudaya dan agama berkumpul untuk berkongsi kebahagiaan dan keceriaan, telah menjadi satu kebiasaan yang diwarisi dari generasi ke generasi," katanya.
Beliau berkata, Sambutan Aidilfitri yang bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu wajar dijadikan sebagai alat penyatuan seluruh Bangsa Malaysia serta dijadikan teras perpaduan yang merupakan kunci utama kepada keharmonian rakyat dan negara.
Aaron berkata, majlis itu turut menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang akan disambut pada bulan Mei depan, dan orang ramai dijemput beramai-ramai memeriahkannya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Aaron Ago Dagang berkata, Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 merupakan platform untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni. - Gambar fail Bernama
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu Sabtu ini
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan akan diadakan pada Sabtu ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil.